Egon Krenz
Egon Krenz

Egon Krenz

Egon Krenz (lahir pada 19 Mac 1937) adalah bekas ahli politik Parti Komunis Jerman Timur. Beliau memimpin German Democratic Republic (GDR) pada 1989 sebelum kerajaan GDR tumbang. Krenz dilahirkan di Kolberg di Jerman tapi sekarang dalam negara Poland. Keluarganya dipindahkan ke Damgarten tahun 1944, apabila Jerman Barat dan Jerman Timur pecah.Beliau menyertai Parti Komunis pada tahun 1955 dan menyertai Politburo pada tahun 1983. Beliau menjadi Setiausaha Agung Pergerakan Pemuda Komunis.Krenz telah mengetuai protes menentang pemimpin komunis iaitu Erich Honecker hingga meletakkan jawatan pada 18 Oktober 1989. Dari 18 Oktober 1989 hingga 3 Disember 1989 beliau menjadi Setiausaha Socialist Unity (Communist) Party (SED) menggantikan Erich Honecker.Krenz memperkenalkan pembaruan dan kebebasan demokrasi. Seterusnya meruntuhkan Tembok Berlin pada 9 November 1989 yang merupakan kesilapan menterinya yang bernama Gunter Schabowski. Akhirnya kerajaan komunis Jerrman Timur telah runtuh. Krenz meletakkan jawatan pada 7 Disember 1989. Beliau dikatakan meletakkan jawatan kerana berasa malu dengan penyelewengan , rasuah dan ketidakadilan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin komunis sebelum beliau. Semua pemimpin komunis itu merupakan orang yang disanjungnya tetapi telah didapati menyalahgunakan kuasa sehingga rakyat menderita.Namun pada tahun 1997, Krenz telah dipenjarakan selama 6 1/2 tahun kerana jenayah semasa Perang Dingin terutama berkaitan pembunuhan mereka yang melarikan diri dari Jerman Timur dan ingin menyeberangi Tembok Berlin. Beliau dibebaskan pada Disember 2003 dan masih dalam pemerhatian sehingga tahun 2006.